Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KASARI ANGGOTA POLIS

Kuantan, 8 Februari 2024 - Polis mengesan sekumpulan lelaki yang disyaki merusuh, menolak dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis serta memukul orang awam di lokasi kemalangan maut di kilometer 127 Jalan Kuala Lumpur - Kuantan, Temerloh, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mazlan Hassan berkata, setakat ini pihaknya menahan seorang suspek berusia 42 tahun yang mempunyai tiga rekod lampau iaitu rompak berkumpulan, mencuri dan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca).

Beliau berkata, tiga lelaki dipercayai menolak serta menghambur kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis berpangkat sarjan yang ditugaskan ke tempat kejadian manakala seorang lelaki mendakwa dipukul lima individu kerana merakam kejadian yang menimpa anggota polis itu.

“Suspek dipercayai bertindak sedemikian terhadap anggota polis yang berpakaian seragam kerana tidak berpuas hati dan beranggapan anggota itu tidak memberi bantuan kepada mangsa kemalangan, sedangkan anggota terbabit melakukan tindakan sewajarnya.

“Orang awam yang didakwa dipukul lima lelaki itu adalah pengawal keselamatan yang kebetulan berada di lokasi kejadian. Insiden itu menyebabkan dia cedera di kening selain semua cermin keretanya dipecahkan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of text that says 'Kasari anggota polis Polis kesan kumpulan merusuh di lokasi kemalangan maut Kuantan mengesan ang merusuh, disvaki menolak kesat memu- menahan seorang suspek 42 tahun yang empunya tiga rekod lampau' Temerloh, Ketua merloh, Mazlan Mazlan Hassan omisio- lamatan menahan pihaknya Insiden cermin kenyataan serta yang dipukul uti bekerja di menimpaa anggota tindak sedemikian terha- selepas berpuas anggota kereta Perodua yang dikatakan membuat garisan berkem- Pemandu anggota tindakan tidak cedera siasatan lanjut ber- 'Orang awam yang dakwa dipukul pengawal jalankan mengikut Pengang- 1987'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS