Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 47 WARGA ASING, DUA LELAKI TEMPATAN DITAHAN DISYAKI AHLI SINDIKET PENIPUAN PELABURA

Kuala Lumpur, 9 Februari 2024 - Seramai 47 warga asing dan dua lelaki tempatan disyaki ahli sindiket penipuan pelaburan ditahan di sebuah premis di Jalan Bukit Bintang, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahya berkata, serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur pada jam 8.20 malam.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada 30 lelaki dan 17 wanita warga asing serta dua lelaki tempatan yang berusia antara 20 hingga 39 tahun.
“Polis turut merampas 47 set komputer, 49 telefon bimbit, enam komputer riba dan enam televisyen yang dipercayai digunakan bagi kegiatan itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS