Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KPN SEKALI LAGI BERI AMARAN TERHADAP PENYELIA PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS

Kuala Lumpur, 10 Februari 2024 - Kejadian jenayah dan salah laku oleh segelintir pegawai dan anggota yang dilaporkan baru-baru ini, ‘menconteng arang ke muka' Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia merosakkan reputasi dan mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap PDRM.
“Saya sekali lagi ingin mengulangi dan memberi peringatan kepada diri saya dan penyelia di semua peringkat untuk bertanggungjawab dalam mengawal selia pegawai serta anggota masing-masing dari semua sudut.
“PDRM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penyelia yang didapati gagal dalam penyeliaan seperti termaktub dalam Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya pada Perhimpunan Bulanan KPN anjuran Jabatan Pengurusan di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS