Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: VIDEO KOPERAL MUHAMAD NUR CECAH JUTAAN TONTONAN GALAKKAN ORANG BUAT KEBAIKAN

Kuala Lumpur, 10 Februari 2024 - "Selain mahu membantu orang ramai, saya buat video kebajikan untuk tunjukkan bahawa polis juga manusia biasa,” kata anggota Unit Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Koperal Muhamad Nur Shahrul Andhar Rosmi.
Anggota polis berusia 32 tahun itu berkata, tidak pernah terdetik dihatinya untuk menunjuk-nunjuk atau berasa riak walaupun kandungan di akaun TikTok miliknya mencecah jutaan kali jumlah tontonan.
“Saya bukan mahu menunjuk-nunjuk, sebab itu saya tak pernah tunjuk wajah saya dalam video yang saya muat naik.
“Bagi saya, bila lihat riak ceria pada wajah individu yang dibantu sudah cukup sebagai pendorong untuk terus lakukan kerja kebajikan, bila terkenang wajah mereka saya rasa gembira.
“Biar orang ramai tahu polis juga manusia biasa, pun melakukan kesilapan. Kalau seorang dua buat salah kalau boleh janganlah pukul rata,” katanya kepada Harian Metro.
Bapa kepada dua anak itu berkata, dia tekad untuk terus membuat kandungan kebajikan walaupun menerima komen negatif daripada segelintir netizen susulan banyak berita kurang enak membabitkan polis sejak kebelakangan ini.
Menurutnya, dia cuba untuk sentiasa berfikiran positif dan berharap perbuatannya dapat mendorong penonton video kebajikan berkenaan untuk melakukan kebaikan antara satu sama lain.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS