Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: LAWATAN MENGEJUT KE IPD BUKAN CARI SALAH ANGGOTA - KPN

Kuala Lumpur, 13 Februari 2024 - 'Perbetulkan yang biasa, biasakan yang betul,' itu pesanan Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain kepada pegawai dan anggotanya dalam usaha meningkatkan imej Pasukan.

Pesanan itu diberikan ketika beliau melakukan lawatan mengejut di Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan, kelmarin.
Beliau berkata, lawatan mengejut itu bukan bertujuan mencari kesalahan atau menjatuhkan hukuman, sebaliknya ia sebagai teguran bagi membetulkan amalan tugasan supaya tidak tersasar.

“Kepada dua-dua Unit Rondaan Bermotosikal (URB) saya berpesan anda ini semua adalah "frontliner" yang akan berhadapan dengan masyarakat.
“Saya minta jaga kerja anda, jaga nyawa, jaga keselamatan kita dan jaga juga harta yang ada dengan anda kerana itu harta kerajaan,” katanya kepada anggota URB IPD Nilai menerusi radio Pasukan.

Perkara itu dikongsikan Polis Diraja Malaysia menerusi satu klip video TikTok berdurasi tiga minit 42 saat yang memaparkan Tan Sri Razarudin membuat lawatan mengejut ke IPD Nilai dan lokap Balai Polis Mantin, Negeri Sembilan bagi memantau penugasan Pasukan itu.
“Susulan lawatan mengejut saya ke DCC IPD Kajang (pada Sabtu lalu), saya meneruskan lawatan ke IPD Nilai dan Lokap Balai Polis Mantin di Negeri Sembilan, semalam (kelmarin).

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS