Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KEGIATAN LELAKI JUAL KULIT, KUKU HARIMAU, BERUANG DIJAMPI TUMPAS SELEPAS DISERBU DI KOTA BHARU

Kuala Lumpur, 17 Februari 2024 - Aktif menjual ratusan kulit, kuku harimau dan kuku beruang yang sudah ‘diisi' jampi serapah kepada golongan yang percaya terhadap kuasa mistik.

Itu aktiviti dilakukan seorang lelaki tempatan berusia 30-an dikesan menawarkan pelbagai bahagian hidupan liar dilindungi didakwa mampu dijadikan tangkal penguat semangat, pelaris perniagaan serta pengasih memikat wanita.

Difahamkan suspek terkenal dengan gelaran Tok Rimau aktif menawarkan bahagian hidupan liar itu di media sosial termasuk aplikasi TikTok dengan menjualnya pada harga hingga RM5,000 setiap satu.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kegiatan ditumpaskan hasil Operasi Bersepadu Khazanah Siri 1/2024 Zon Timur dilakukan sepasukan pegawai Unit Jenayah Hidupan Liar atau Wildlife Crime Unit dan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan, Polis Diraja Malaysia.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of slow loris, bone and text that says 'TOK RIMAU 'HILANG' TARING Kegiatan lelaki jual kulit, kuku harimau, beruang dijampi tumpas selepas diserbu di Kota Bharu Oleh Mohd) amilul Denin Lumpur menjual ANTARA kuku taring arimau beruang Kadir Hashim dirampas. menawarkan taring buaya, wnagian hidupan lalain khasiat kebaikan. /2024 Timur dilakukan sepasu- untuk pemeriksaan haiwan dan disyaki secara TikTok kelmarind kediaman hidupan berkenaan' tempatan tulang A5 Seksyen 68(2)(c) arimau objek lain Malah suspek'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS