Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 'URUS UNIT POLIS IBARAT KELUARGA DI RUMAH' - KPN

Petaling Jaya, 20 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menuntut ketua unit polis yang berjaya dalam menguruskan institusi kekeluargaan di rumah untuk mempraktikkan amalan yang sama ketika bertugas.

Mengambil contoh pegawai dan anggota yang berjaya menyelia anak sehingga berjaya, beliau menerusi hantaran di akaun rasmi TikToknya berkata, teknik penyeliaan yang baik itu turut ditagih keluarga besar Polis Diraja Malaysia.

“Bawa apa yang baik di rumah ke pejabat, tak perlu belajar di universiti tinggi-tinggi untuk menguruskan manusia, apa yang suka di rumah bawa ke pejabat (seperti) nak anak yang bersih, isteri yang taat, ini yang sebenarnya bawa ke pejabat.

“Kalau anak kita nakal kita tak pernah nak bunuh anak kita, kita masih beri makanan, perlindungan dan pakaian. Pasal itu anak kita, melainkan tidak boleh buat apa-apa, dalam (konteks) polis ia berbeza," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat dalam Majlis Perjumpaan Bersama Penyelia Kontinjen Kedah, Perlis dan Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS