Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ‘TERJEMAH SOLIDARITI KEPADA PALESTIN DENGAN CARA BETUL' - KPN

Kuala Lumpur, 20 Februari 2024 - Bukit Aman meminta rakyat Malaysia yang menyokong Palestin menterjemahkan solidariti mereka dengan cara yang betul, bukan terbabit dengan sebarang kegiatan keganasan.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, Malaysia tidak pernah mengklasifikasikan Hamas sebagai pengganas atau militan, namun Polis Diraja Malaysia akan memastikan tiada rakyat kita terbabit hingga mengancam keselamatan diri.

“Kita memberi amaran kepada mana-mana individu atau rakyat negara ini agar tidak membuat pergerakan ke kawasan konflik, antaranya Gaza atas alasan berjihad.

“Kumpulan itu tidak pernah menjemput mana-mana individu atau kumpulan dari negara luar untuk bersama-sama mereka mempertahan kawasan konflik berkenaan,” katanya, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS