Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: JURUTERA HALANG TUGAS ANGGOTA POLIS DIDENDA RM1,500

Kuala Lumpur, 21 Februari 2024 - Gara-gara menghalang tugas anggota polis dengan enggan mengemukakan dokumen pengenalan diri dan mengeluarkan kata-kata provokasi, seorang jurutera didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret S.Mageswary menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh B. Karthikeyan, 31 tahun, mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya gagal membayar jumlah denda itu, lelaki itu boleh dipenjara selama sebulan dan tertuduh membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Karthikeyen didakwa telah sengaja menghalang Inspektor KV. Suresh (Pegawai Kanan Polis) untuk menjalankan tugas dengan cara enggan memberikan kerjasama semasa diminta mengemukakan dokumen pengenalan diri.

Tertuduh turut mengeluarkan kata-kata kasar berunsur provokasi semasa ditanya mengenai laporan polis yang pernah dibuat.

Kesalahan itu dilakukan di cawangan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini pukul 5 pagi pada 17 Februari lalu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Jurutera halang tugas anggota polis didenda RM1 500, KUALA LUMPUR Gara-gara Kesalahan dilakukan tugas Bahagian enggan polis mengeluarkan jurutera didenda Majistret sini mengikut S.Mageswary men- hukuman selepas dikendalikan Pendakwa Balakrishnan, manakala diwakili Peguam SK per- yang disabitkan Sekiranya gagal membayar mengaku tertuduh bersalah dipenjara selama dan tertuduh membayar polis tempat, waktu Mengikut pertuduhan, Karthikeven telah sengaja menghalang Inspek- Kanan mengi- daftaran Negara memberi semasa diminta penjara denda tidak lebih RM20,000 jika sabit Tertuduh turut mengeluar- Majistret Mageswary kemu- provokasi laporan polis pernah dibuat. jamin RM800 dengan Mac mula kes. sebutan mahkamah Kuala Lumpur inilah seorang elaki didakwa semalam. dua'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS