Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS, PIHAK AGAMA NEGERI PANTAU KEGIATAN MAWLA AMIN

Putrajaya, 22 Februari 2024 - Polis akan bekerjasama dengan pihak agama negeri bagi memantau kegiatan seorang lelaki mendakwa warganegara Maghribi yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani' yang mengaku mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, polis akan memantau daripada aspek ketenteraman awam membabitkan individu berkenaan termasuk pengikutnya.

Datuk Seri Saifuddin mengesahkan individu berkenaan sering keluar masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan berada di negara ini selama 90 hari.

Mengikut rekod, lelaki itu adalah warga Algeria dan menggunakan pasport perjalanan Perancis.

“Setakat ini terdapat dua perkara berbangkit iaitu sekiranya aktiviti yang dilakukan bersifat keagamaan dan elemen pelanggaran terhadap apa-apa juga undang-undang dan enakmen, tindakan adalah di bawah polis dan pihak agama negeri,” katanya pada sidang media, semalam.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, Polis Diraja Malaysia sedang memantau pergerakan Mawla Amin dan pengikutnya termasuk madrasah itu yang beroperasi di Selangor.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS