Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: DATO' SERI ANWAR PUJI KEJAYAAN KPDN DAN PDRM

Kuala Lumpur, 10 Mac 2024 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim mahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan usaha membanteras sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi nelayan.

Perdana Menteri juga memuji komitmen tinggi ditunjukkan kementerian itu dan polis dalam menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi nelayan.
“Tahniah KPDN dan PDRM! Teruskan banteras, pastikan hak nelayan tidak dirampas petualang!,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Sumber: Berita Harian

May be an image of slow loris and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS