Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS BERKAS 25 INDIVIDU SETELAH MEREKA DIDAPATI POSITIF KETAMIN, SYABU, BENZO

Lumut, 12 Mac 2024 - Tembelang satu sindiket dadah yang beroperasi di sebuah pusat hiburan untuk menjual dan mengedar bahan khayal itu dalam kalangan pengunjung terbongkar apabila diserbu polis di Sitiawan dekat sini kelmarin.

Serbuan pada tengah malam itu berjaya memberkas 25 individu yang didapati positif Ketamin, Syabu dan Benzo selepas membuat pemeriksaan ke atas 152 pengunjung.

Ketua Polis Perak, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri memberitahu, mereka yang ditahan merupakan lelaki tempatan dan wanita Vietnam berusia antara 21 hingga 41 tahun.

Katanya, enam wanita Vietnam itu bekerja sebagai pelayan pelanggan tanpa permit.

“Serbuan dilakukan susulan penangkapan ke atas seorang lelaki berusia 28 tahun bersama lima paket jus minuman berperisa dadah di hadapan pusat hiburan itu pada pukul 12.35 tengah malam.

“Turut dirampas ialah dadah jenis Ketamin dan Pil Eramin 5 yang keseluruhannya bernilai RM2,936. Suspek turut didapati positif Syabu,” katanya.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS