Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM TERIMA LAPORAN PETRONAS BERKAIT PENIPUAN PELABURAN "LIGHT NATURAL GAS"

Kuala Lumpur, 16 Mac 2024 - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) mengesahkan menerima laporan polis daripada PETRONAS yang menafikan pembabitan mereka dalam skim pelaburan "Light Natural Gas''.
Pengarah JSJK, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, laporan terbabit turut melaporkan penggunaan logo PETRONAS tanpa kebenaran serta paparan nama, suara dan wajah Presiden organisasi itu dalam tawaran iklan pelaburan berkenaan.
“Berdasarkan siasatan, JSJK percaya rakaman video yang dipaparkan dalam laman web berkenaan dicipta menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) atau spesifiknya deepfakes.
“Malahan, nombor telefon yang digunakan dalam iklan berkenaan juga dipercayai menggunakan sistem VoIP (Voice over Internet Protocol). Untuk rekod, setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana mangsa berkaitan skim penipuan pelaburan Light Natural Gas,” katanya.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS