Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KERATAN AKHBAR PILIHAN: "PIG BUTCHERING SCAM" DALAM PANTAUAN POLIS

Kuala Lumpur, 16 Mac 2024 - Polis kini sedang memantau penipuan bersindiket global yang menipu mangsa melalui pelbagai skim penipuan termasuk skim penipuan pelaburan mata wang kripto.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penipuan dikenali sebagai "Pig Butchering Scam" itu setakat ini dilaporkan membabitkan jumlah kerugian AS$75 billion.
Beliau berkata, "scam" yang pelbagai ini digabungkan dan digelar "Pig Butchering Scam" kerana ia merujuk kepada amalan penternak yang membesarkan seekor khinzir sebelum ia disembelih.

“Secara signifikannya, penipuan ini berkembang pesat dan menjadi kebimbangan global.
“Sindiket ini dikesan beroperasi di Asia Tenggara dengan menjadikan tapak bekas kasino sebagai markas operasi dan dikesan beroperasi di sebuah negara jiran,” katanya dihubungi, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS