Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: BENGKEL BELI KENDERAAN TERPAKAI, CURI DISERBU POLIS

Kuala Lumpur, 16 Mac 2024 - Membeli kenderaan terpakai termasuk kereta curi sebelum dileraikan dan komponen dijual semula di pasaran.
Bengkel haram yang beroperasi di kawasan bukit di Gombak, Selangor itu dipercayai mampu mengaut keuntungan mencecah RM1.2 juta sejak memulakan kegiatannya enam tahun lalu.
Bagaimanapun, aktiviti itu terbongkar selepas sepasukan Bahagian Risikan (D4) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menjalankan siasatan dan menyerbu premis berkenaan jam 11 pagi, kelmarin.
Ketua Penolong Pengarah (D4) JSJ Bukit Aman, SAC Dato' S. Shanmugamoorthy Chinniah berkata, serbuan menerusi Op Lusuh JSJ itu berjaya menahan pemilik bengkel berusia 51 tahun.
Beliau berkata, lelaki terbabit ditahan bersama 13 lelaki tempatan yang mengaku pekerja di bengkel itu.
Katanya,berdasarkan siasatan awal mendapati suspek menjalankan perniagaan membeli kenderaan terpakai dan menjual komponen kenderaan.
“Suspek membeli semua jenis kenderaan terpakai termasuk yang ditinggalkan, "total lost", tender insurans dan lari daripada pinjaman kewangan.
“Ejen yang menguruskan pembelian itu turut menyerahkan salinan geran dan dokumen pemilik kenderaan.
“Kenderaan yang dibeli itu kemudian dileraikan dan komponennya dijual kepada kedai alat ganti kenderaan atau individu berminat,” katanya.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS