Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KERATAN AKHBAR PILIHAN: KERUGIAN DEK JENAYAH KOMERSIL RM664 JUTA

Kuala Lumpur, 18 Mac 2024 - Kes jenayah komersil merekodkan nilai kerugian mencecah RM664 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sejumlah 6,272 kertas siasatan dibuka sejak Januari hingga Februari.

“Sebagaimana lazim, kes penipuan atas talian kategori kes yang mencatatkan jumlah terbesar. Sepanjang tempoh dua bulan itu, 5,257 kes penipuan atas talian direkodkan membabitkan nilai kerugian keseluruhan RM253 juta.

“Jumlah kes ini bersamaan 83.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes disiasat,” katanya.

Dato’ Sri Ramli berkata, daripada enam kategori kes penipuan atas talian, jenayah telekomunikasi mencatat jumlah tertinggi dengan 2,092 kes membabitkan nilai kerugian RM65.8 juta.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS