Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KERATAN AKHBAR PILIHAN: PINJAMAN JERAT MANGSA MUSIM PERAYAAN

Shah Alam, 18 Mac 2024 - Menjanjikan tawaran pinjaman dengan kadar faedah rendah selain kelulusan segera antara taktik digunakan sindiket penipuan pinjaman menjelang musim perayaan ketika ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, taktik licik ini dikesan menyasarkan golongan yang menghadapi masalah kewangan.

Menurut beliau, medium media sosial seperti platform Facebook, WhatsApp serta Telegram antara digunakan sindiket untuk memerangkap mangsa.

"Iklan dimuat naik berserta dengan pelbagai tawaran yang tidak masuk akal dimuat naik menerusi halaman Facebook serta aplikasi WhatsApp dan Telegram.

"Sindiket dikesan mengambil kesempatan dalam musim perayaan ini dengan menyasarkan mereka yang terdesak untuk menggunakan wang dengan kadar segera," katanya kepada Sinar Harian.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS