Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM PANGGIL PENGURUSAN KEDAI SERBANEKA BERKAIT ISU STOKIN TERTERA KALIMAH ALLAH

Kuala Lumpur, 19 Mac 2024 - Beberapa individu termasuk pengurusan kedai serbaneka, KK Super Mart akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung isu penjualan stoking tertera tulisan Allah yang tular.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, semua saksi akan dipanggil untuk dirakam percakapan dalam masa terdekat.
“Siasatan sedang dijalankan, kita semua akan panggil saksi-saksi berkaitan dengan kes ini,” katanya dihubungi, semalam.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan akan terus menjalankan siasatan berhubung penjualan stoking yang tertera tulisan Allah.
Timbalan Menteri KDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pihaknya akan meneruskan siasatan walaupun permohonan maaf sudah dibuat oleh KK Super Mart dan vendornya.

Kata Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar, ia bagi menangani isu yang mencetuskan kegemparan dan kegusaran awam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS