Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PENGORBANAN ANGGOTA JSPT DEMI KESELESAAN, KESELAMATAN PENGGUNA JALAN RAYA

Kuala Lumpur, 19 Mac 2024 - Bertugas tidak kira masa selain menahan lapar dan dahaga sepanjang berpuasa antara cabaran utama anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang memikul tanggungjawab mengawal lalu-lintas.
Malah, ia turut menuntut kesabaran tinggi kerana keadaan trafik menjadi lebih sesak berbanding hari biasa dan orang ramai yang berpusu-pusu ke bazar Ramadan.
Apabila azan Maghrib berkumandang, mereka hanya meneguk air dan menjamah sedikit juadah di tepi jalan raya, sebelum menyambung semula tugasan masing-masing.

Pengalaman itu turut dilalui anggota wanita Unit Kawalan Lalu Lintas JSPT Kuala Lumpur, Koperal Siti Fatimah Che Mat, 50, yang ditugaskan mengawal lalu lintas di bazar Ramadan sekitar ibu kota.
Dia yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam pasukan polis mengakui hanya beberapa kali berbuka puasa bersama keluarga.

“Bertugas di bulan Ramadan sama seperti bertugas di hari biasa kerana kami tetap bekerja di lapangan bagi menjaga keamanan dan keselamatan pengguna jalan raya.
“Cuma bezanya kami terpaksa menahan lapar dan dahaga walaupun keadaan cuaca panas terik. Pernah bibir saya kering kerana terlalu panas.

“Waktu berbuka pula kami hanya jamah sedikit makanan dan minum sebelum menyambung tugas dan hanya betul-betul makan selepas habis bekerja,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS