Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: LAHAD DATU BANGKIT SELEPAS TRAGEDI BERDARAH TANDUO

Pada 1 Mac 2013 berlaku pertempuran sengit antara pasukan keselamatan negara dengan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, mengorbankan dua perwira negara.

Insiden berdarah tidak berakhir di situ, sebaliknya pertempuran demi pertempuran sepanjang bulan berkenaan menyaksikan 13 anggota pasukan keselamatan gugur mempertahankan tanah air. Di pihak militan, 68 kematian dilaporkan dengan lebih 100 pengganas ditangkap.

Selepas 11 tahun seiring pemantapan kawalan keselamatan di Pantai Timur Sabah, Lahad Datu sebelum ini digelar ‘bandar perang’ kini pesat membangun meskipun detik hitam itu kekal dalam ingatan penduduk setempat khususnya.

Ikuti kupasan lanjut oleh Komander Eastern Command, DCP Datuk Victor Sanjos mengenai usaha diambil bagi mengukuhkan lagi kawalan keselamatan pantai Timur Sabah menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text that says 'Tempoh Lahad Datu bangkit selepas tragedi berdarah Tanduo Selain memiliki dengan pelbagai relatif, ketika ini kawasan ini kekal stabil hidupan lokasi dan dengan ESSCOM atas kerjasama pasukan keselamatan terpanjang, Lahad Datu titikpaling timur atau ESS Zone, berhasil lmengekalkan rekod lokasi terawal menerima cahaya matahari Malaysia insiden penculikan sejak15 Januari 2020 katanya. militan memiliki 'kotanya BERNAMA haw KomanderESSCOM'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS