Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: JANGAN TEKAN KALAU SAYANG DUIT!

Kuala Lumpur, 21 Mac 2024 - Penggunaan teleton pintar dan peralihan kepada dunia digital dalam urusan seharian menyebabkan penggunaan pautan menjadi satu kelaziman.

Masyarakat didedahkan dan dibiasakan dengan penggunaan pautan termasuk untuk berkongsi artikel berita, maklumat, penghantaran kad ucapan dan pautan iklan.
Kebiasaan ini menjadikan pautan sebagai satu perkara yang dilihat tidak berbahaya serta boleh dipercayai oleh kebanyakan pihak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, perkara itu diambil kesempatan oleh sindiket penipuan untuk memperdayakan mangsa. “Kami mengesan beberapa taktik oleh sindiket penipuan yang menggunakan modus operandi ini seperti menghantar pautan mengandungi fail apk (android package kit).

“Mana-mana individu yang memuat turun fail berkenaan akan mengakibatkan telefon milik mereka digodam,” katanya kepada Harian Metro, baru-baru ini.
Selain itu, katanya, sindiket penipuan juga akan menghantar pautan yang sekiranya ditekan akan membawa mangsa kepada laman sesawang perbankan palsu.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS