Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: IPD BACHOK SERTAI ORANG RAMAI BERBUKA DI TEPI PANTAI

Bachok, 21 Mac 2024 – Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bachok berbuka puasa secara unik apabila menyertai orang ramai berbuka di tepi pantai, kelmarin.
Lebih 20 anggota dan Skuad Aman Wanita (AMANITA) menyertai acara iftar itu yang turut disertai Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin dan timbalannya, DSP Mohd Zain Mat Dris.

Mohamad Ismail berkata, aktiviti berbuka puasa polis di pantai berkenaan bagi mengeratkan hubungan anggota keselamatan bersama masyarakat.
Katanya, sebelum berbuka, pihaknya bersama AMANITA sempat memberi penerangan berkenan jenayah seperti penyalahgunaan dadah, ragut, curi kenderaan, pecah rumah dan curi, buli, keldai akaun dan "Love Scam".

“Kita ambil peluang Pantai Irama ini tular untuk pengunjung berbuka puasa, jadi kita adakan tinjauan sambil juga berbuka sekali dengan masyarakat,” katanya ketika ditemui di Pantai Irama, di sini.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS