Kuala Lumpur, 26 Mac 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menerima beberapa bangunan baharu Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di beberapa negeri.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagi bangunan IPK baharu, ia melibatkan Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Pahang di bawah peruntukan lama dan projek sambungan selain peruntukan
baharu.
“Kita juga ada beberapa siri IPD baharu antaranya IPD Kapit dan IPD Padang Besar. Senarai ini ditentukan Bahagian Logistik Bukit Aman yang dibentangkan menerusi pelan strategik.
“Justeru, proses ini melibatkan dari negeri kepada daerah dan seterusnya turun ke balai polis, malah pos kawalan,” katanya pada sidang akhbar pada Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini semalam.
Beliau berkata, pada masa sama Kementerian Dalam Negeri juga berjaya menyiapkan sebanyak 151 pos kawalan Polis Gerakan Am di seiuruh negara dengan peruntukan RM45 juta.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.