Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: BUKIT AMAN BERI AMARAN KERAS HENTI PANASKAN ISU BERKAITAN 3R

Kuala Lumpur, 28 Mac 2024 - Bukit Aman memberi amaran keras kepada semua pihak supaya berhenti memanaskan isu berkaitan 3R yang merujuk kaum, agama dan raja, khususnya dalam isu terkini membabitkan penjualan stoking kalimah Allah oleh KK Mart.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, turut menyarankan semua pihak supaya “stand down” (kembali bertenang) berikutan tindakan undang-undang dalam isu berkenaan sedang berjalan.
“Bawa bertenang, jangan burukkan keadaan, cukup-cukuplah,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Komen itu merujuk perkembangan terkini dalam isu membabitkan penjualan stoking tertera kalimah Allah apabila sebuah cawangan KK Mart di Perak menjadi sasaran apabila dibaling bom jenis molotov kelmarin.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS