Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: DUA PEGAWAI BANK ANTARA 16 DICEKUP

Shah Alam, 30 Mac 2024 - Dua pegawai sebuah bank tempatan antara 16 individu ditahan selepas dipercayai terbabit dalam sindiket jual beli akaun bank dan pengedaran kad mesin juruwang automatik (ATM) bagi tujuan penipuan.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, semua individu berusia 20-an hingga 30-an itu ditahan menerusi serbuan di beberapa lokasi sekitar Gombak antara 20 Mac hingga 22 Mac lalu.

Katanya, individu yang ditahan membabitkan 15 warga tempatan termasuk empat wanita serta seorang wanita warga Nigeria.

“Hasil siasatan polis mendedahkan ada kalangan suspek tangkapan berperanan sebagai ‘collector' (pengutip) kad bank, runner yang mencari individu yang mahu membuka akaun. Ada juga berperanan sebagai ‘orang tengah' antara sindiket dengan pegawai bank tempatan".

"Dia mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) pada tahun 2021,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS