Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: BEKAS ANGGOTA PPH KONGSI PENGALAMAN BERTUGAS DI HUTAN BELUM KETIKA RAMADAN

Kuala Lumpur, 31 Mac 2024 – Ketika komunis mengganas, Pasukan Polis Hutan (PPH) antara wira yang sanggup mengorbankan nyawa untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada dijajah musuh.

Bagi pesara polis, Sarjan Rosidi Semail, 76, sepanjang lapan tahun berkhidmat di PPH (kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am), pelbagai kenangan pahit dan manis yang masih segar di ingatannya.
Antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan adalah ketika bertugas di Hutan Belum, Perak pada Ramadan.

Sarjan Rosidi berkata, selepas tamat latihan kepolisan pada awal 1970 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur dan Ulu Kinta, Perak, dia ditempatkan di Batalion ke 11, PPH Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
Katanya, ketika itu komunis sedang mengganas dengan melakukan serangan sehingga menyebabkan ramai terkorban terutama membabitkan orang awam.
“Saya diarahkan bertugas di Hutan Belum pada tahun 1972 untuk menyekat komunis yang sering menggunakan laluan itu dari Weng, Selatan Thailand ke Gua Musang.

“Di Hutan Belum, saya bertugas selama dua bulan di sebuah pos keselamatan atau kubu yang didirikan pasukan jurutera tentera dan sempat berpuasa di sana,” katanya.
Sarjan Rosidi berkata, biarpun pada Ramadan, tugas tetap dijalankan seperti biasa untuk memastikan ancaman komunis dapat terus dibendung.
“Secara logiknya, apabila seharian tidak makan dan minum, boleh membuatkan seseorang itu tiada tenaga dan cepat penat.

“Bagaimanapun,kami masih lagi kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari,” katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS