Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SUKAR LUPAKAN TRAGEDI BERDARAH DI DARFUR

Shah Alam, 13 April 2024 - Pengalaman menyambut Ramadan dan Syawal di perantauan jauh dari keluarga dan sahabat handai pasti banyak meninggalkan kenangan yang tidak akan dilupakan.

Bagi Ketua Penolong Pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, Superintendan Mohd Nor Kassim, pengalaman ketika menyertai Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sahara Barat pada tahun 1999, Timor Leste (2005) dan Sudan (2017) memberi erti yang cukup besar kepada dirinya sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat dalam pasukan PDRM.

Anak kelahiran Jenun, Kedah itu berkata, antara pengalaman yang tidak dilupakan salah satunya adalah berlaku insiden serangan yang mengorbankan 38 orang awam di sebuah pasar di sebuah perkampungan di Darfur, Sudan pada tahun 2017.
“Kejadian berlaku ketika hampir berbuka iaitu hari Ramadan yang ke-18, saya hanya sempat meneguk secawan air kosong sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Mayat bergelimpangan termasuk wanita dan kanak-kanak memang keadaan menyayat hati, saya tetap tabahkan hati untuk membuat laporan tentang kejadian berkenaan,” katanya yang bertugas sebagai Pegawai Polis Antarabangsa PBB pada waktu itu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS