Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TAHAP KESELAMATAN DI KLIA DIKAJI SEMULA

Sepang, 15 April 2024 - Tahap kawalan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dikaji semula berikutan kejadian seorang lelaki melepaskan tembakan dan mencederakan orang awam di situ, awal pagi semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata beliau bergegas ke lokasi insiden tembakan itu dan bertemu dengan pihak pengurusan tertinggi lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Berhad.
“Secara jujurnya, kehadiran saya pagi tadi (semalam) mengambil kira perkara berkenaan (kaji keselamatan).
“Sepertimana semua pihak sedia maklum, kejadian seperti ini bukan kali pertama berlaku di KLIA 1, namun begitu untuk kawalan keselamatan lebih khusus dan terperinci sememangnya akan dikaji lanjut selepas ini.
“la adalah premis yang dikendalikan oleh pihak swasta dan menjadi sasaran utama dalam insiden tembakan pagi tadi (semalam).
“Jadi, kita (polis) akan duduk bersama dan semak semula secara lebih komprehensif tahap persediaan keselamatan di lapangan terbang ini selepas ini,” katanya pada sidang media di Balai Ketibaan KLIA 1, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS