Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KESELAMATAN TERJAMIN

Gerik, 16 April 2024 - Kerajaan memberi jaminan tahap keselamatan di semua pintu masuk negara berada dalam keadaan terkawal dan diawasi susulan kejadian tembak yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA 1) kelmarin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, semua agensi keselamatan sentiasa bersiap siaga untuk menangani sebarang ancaman jenayah bagi memastikan orang ramai berada dalam keadaan selamat.

Katanya, kerajaan sentiasa meletakkan keselamatan orang ramai sebagai keutamaan demi kepentingan semua pihak.

“Rakyat tidak perlu bimbang dengan tahap keselamatan di KLIA dan pintu-pintu masuk sempadan negara kerana Polis Diraja Malaysia dan agensi keselamatan lain sentiasa mengambil berat berkaitan hal tersebut.

“Setiap agensi keselamatan juga sentiasa mengambil langkah proaktif bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keadaan (di pintu masuk negara) adalah terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mengadakan Lawatan Kerja dan Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu dan Pesara Polis di sini, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS