Alor Setar, 17 April 2024 - Kerjasama erat antara agensi keselamatan dalam melaksanakan kawalan dan operasi bersepadu dapat memastikan keselamatan di sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand terus terpelihara, sekali gus menjamin keselamatan negara.
Pengarah Keselamatan
Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah, Puan Zuraini Mohd Yusof berkata, kerjasama itu sangat penting memandangkan negeri ini mempunyai
keluasan sempadan yang agak besar dengan negara jiran.
“Keselamatan di sempadan itu menjadi keutamaan kita (MKN). Memang kita sasar untuk capai sifar pencerobohan walaupun susah nak realisasikan, tapi kita beri keutamaan supaya dapat meminimumkan pencerobohan daripada berlaku.
“MKN menyelaras operasi menyeluruh melibatkan agensi keselamatan di negara kita, kolaborasi antara jabatan terutama agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri sendiri sangat baik,” katanya di sini, baru-baru ini.