Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TIGA AGENSI BINCANG LANGKAH PERKETAT KESELAMATAN DI LAPANGAN TERBANG

Kuala Lumpur, 17 April 2024 - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Majlis Keselamatan Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi membincangkan langkah perlu untuk mengetatkan aspek keselamatan di lapangan terbang di Malaysia.

la susulan insiden tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi Ahad lalu.

Menteri Pengangkutan, Tuan Anthony Loke Siew Fook berkata, sebarang perubahan prosedur operasi standard (SOP) memerlukan perbincangan lanjut antara pihak berkaitan sebelum sebarang keputusan diambil.

“Sebarang perubahan memerlukan perbincangan lanjut. Kita akan dapatkan nasihat PDRM untuk tingkatkan aspek keselamatan di lapangan terbang,” katanya selepas melancarkan stesen pengecas EVlution di sini, semalam.

Berhubung penggunaan pengimbas di pintu masuk lapangan terbang, Tuan Anthony Loke berkata, ia belum diputuskan kerana setiap tindakan memerlukan perbincangan antara MAHB dan PDRM.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS