Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KERATAN AKHBAR PILIHAN: 871 TERTIPU BELI "ONLINE", RUGI RM37 JUTA "SHOPPING" RAYA

Kuala Lumpur, 20 April 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 871 kes penipuan dalam talian menjelang perayaan Aidilfitri membabitkan nilai kerugian sebanyak RM37,285,656.52 bagi tempoh 1 hingga 14 April tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, angka kes dan kerugian kali ini lebih rendah dibandingkan tahun sebelumnya membabitkan 1,465 kes dengan nilai kerugian RM56,763,770.12.

Menurutnya, daripada 871 kes dicatatkan, kes jenayah telekomunikasi adalah yang tertinggi iaitu 342 kes diikuti jenayah e-dagang sebanyak 217 kes.

“Sejumlah 157 kes pelaburan tidak wujud, 112 kes pinjaman tidak wujud, 29 kes, jenayah e-kewangan dan 14 kes "love scam" juga antara yang dicatatkan,” katanya pada sidang media mingguan JSJK di sini, semalam.

Menurutnya, sambutan perayaan dilihat tidak memberikan pengaruh ketara kepada peningkatan jenayah dalam talian kerana mungkin rakyat sudah mula sedar dan berwaspada terhadap kes penipuan dalam talian.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS