Shah
Alam, 27 April 2024 - Dipancing dengan wang dan kemewahan adalah antara taktik digunakan sindiket penipuan pelaburan untuk memperdayakan mangsa.
Bagi meyakinkan mangsa, kemegahan itu ditunjuk di media sosial dengan paparan barangan kemas serta barangan berjenama.
Mangsa yang gelap mata akan terjerat dengan tawaran untuk sertai pelaburan yang kononnya dijanjikan keuntungan berlipat ganda serta mampu diperoleh dalam masa singkat.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, secara logiknya apa yang ditawarkan oleh sindiket penipuan pelaburan itu adalah sesuatu yang mustahil.
"Sindiket sememangnya mengambil apa sahaja peluang yang ada termasuk mengumpan dari segi emosi melibatkan kebendaan bagi meyakinkan mangsa.
“Sesuatu yang bila kita fikirkan adalah perkara yang tidak masuk akal, bagaimana baru melabur sudah boleh terima pulangan yang begitu lumayan," katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Sinar Harian seperti di lampiran.