Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: DADAH PEKET MINUMAN RM2.39 JUTA DIRAMPAS

Johor Bahru, 29 April 2024 - Polis melumpuhkan sindiket pengedaran dadah menerusi penahanan seorang lelaki dan merampas dadah bernilai RM2.39 juta di Taman Pelangi di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, CP M. Kumar S. Muthuvelu berkata, lelaki tempatan berusia 35 tahun itu ditahan di tepi jalan sebelum pasukan menyerbu bilik disewa suspek di perumahan sekitar Taman Pelangi.
“Polis percaya suspek tidak bergerak sendirian dan masih mengesan saki-baki rakannya. Mereka menyasarkan pasaran di pusat hiburan dan orang perseorangan.
“Modus operandi adalah menjadikan bilik sewa sebagai stor simpanan dan tempat pembungkusan semula dadah sebelum diedarkan.

“Sindiket menjalankan kaedah baru penjualan pelbagai dadah dan tidak menumpukan hanya sejenis. Kegiatan ini dipercayai aktif sejak Februari tahun ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, semalam.

CP M. Kumar berkata, dalam serbuan itu, 231 peket serbuk Ekstasi seberat 13.6 kilogram bernilai RM2.26 juta, 707 Pil Ekstasi (RM35,350), 2,465 Pil Erimin 5 (RM49,300), sembilan peket Ketamin (RM36,385) dan tiga liter minuman mengandungi dadah bernilai RM3,000 dirampas.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS