Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs [KERATAN AKHBAR PILIHAN] FENTANIL: POLIS KEKANG DADAH PALING BERBAHAYA

Kota Bharu, 30 April 2024 - Polis Kelantan menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand mengekang kemasukan dadah jenis baru iaitu Fentanil yang sangat berbahaya kerana mempunyai kesan 100 kali lebih kuat daripada heroin.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, dadah berkenaan juga 20 hingga 40 kali lebih kuat daripada morfin.

Katanya, sudah ada cubaan membawa masuk dadah ini dari negara jiran ke Kelantan namun ia tidak berjaya.

“Ini berikutan kawalan di sempadan negeri ini yang ketat, sekali gus dapat mengekang kemasukan dadah berbahaya berkenaan.

“Justeru, kita sudah mengadakan perbincangan mengenai keselamatan sempadan dengan Perwakilan Parlimen Thailand pada 26 April lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS