Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: RATUSAN AKAUN KELDAI DIBEKUKAN - KPN

Kuala Lumpur, 26 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membekukan ratusan akaun keldai bernilai RM32 juta yang disyaki digunakan untuk kegiatan judi dalam talian.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan polis turut mengesan pelbagai judi dalam talian antaranya Winbox, 99 dan 88 selain sedang mengenal pasti dalang di sebalik kegiatan terbabit.

“Polis sentiasa komited dalam membanteras judi online yang bertapak di dalam negara.
“Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram PDRM setakat ini berjaya membekukan akaun-akaun mule (keldai) yang digunakan sindiket ini dianggarkan bernilai RM32 juta,” katanya semalam.

Tambah Tan Sri Razarudin, usaha mengesan mereka yang terlibat sedang dilakukan untuk siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS