Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] JUDI DALAM TALIAN: 3 SINDIKET DALAM RADAR

Petaling Jaya, 27 Mei 2024 - Sekurang-kurangnya tiga sindiket perjudian dalam talian di negara ini dalam radar Polis Diraja Malaysia.
Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya kini mempertingkatkan operasi dalam usaha mengenal pasti dalang dan melumpuhkan aktiviti haram itu.

Katanya, siasatan polis setakat ini mendapati kegiatan itu dijalankan secara "layering" hingga tujuh lapisan.
"Selama ini kita tangkap 'ikan bilis' antaranya penganjur, operator, pengurus, mungkin dari lapisan ketujuh.

"Bagaimanapun, ratusan judi dalam talian di negara ini dipercayai didalangi antara dua atau tiga tauke sindiket.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS