Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: OPERASI BERSEPADU DI LEBUHRAYA KUALA LUMPUR - KARAK

Gombak, 27 Mei 2024 - Cuba berpatah balik selain cuba hubungi rakan lain selepas melihat sekatan jalan raya besar-besaran berhampiran stesen minyak di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak, di sini pada Ahad.
Itu antara yang dikesan sepanjang pelaksanaan OP Bersepadu diketuai Unit Risikan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan serta Agensi Antidadah Kebangsaan.
Tinjauan di lokasi mendapati cubaan beberapa penunggang motosikal yang membahayakan nyawa dengan melawan arus bukan sahaja dilakukan kumpulan motosikal kapcai, malah kumpulan motosikal berkuasa tinggi.
Pemangku Pengarah JSPT Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Nasri Omar berkata, operasi bermula jam 7 pagi itu mengeluarkan saman atas pelbagai kesalahan.
"Pecahan kesalahan iaitu tiga kes tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh (satu kes), ubah suai ekzos (tiga kes), tidak pamer pelekat L (satu kes), nombor plat kabur atau "fancy" (16 kes) dan selebihnya lain-lain kesalahan.
"Operasi ini telah bertindak memeriksa 80 kenderaan membabitkan 44 kereta dan 36 motosikal," katanya pada Ahad.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS