Kuantan, 26 Julai 2024 - “Biasanya setiap hujung bulan makcik menantikan panggilan telefon atau panggilan video daripada arwah maklumkan sudah memasukkan duit selepas mendapat gaji,” kata Puan Aini Mohd Sharif, 57, ibu kepada Allahyarham Koperal Muhamad Syafiq Ahmad Said yang terkorban dalam serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada 17 Mei lalu.
Menurut Puan Aini,
walaupun kini sudah dua bulan berlalu, dia seolah-olah masih menunggu panggilan telefon daripada anaknya itu yang meminta menggunakan duit diberikan untuk makan dan kegunaan harian.
Namun, Puan Aini dan suami, Encik Ahmad Said Md Piah, 65, serta keluarga reda dan menerima ketentuan yang berlaku ke atas Koperal Muhamad Syafiq yang terkorban ketika bertugas.
“Alhamdulillah, kami semakin dapat menerima tetapi kehilangan arwah akan tetap dirasai sehingga kini,” kata Encik Ahmad Said.
Encik Ahmad Said dan Puan Aini ditemui pada majlis penyampaian sumbangan daripada Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Pahang di sini, semalam.