Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] KES KANAK-KANAK HILANG: MASYARAKAT MAIN PERANAN PENTING - KPN

Kuala Lumpur, 27 Julai 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kes kanak-kanak yang dilaporkan hilang dan tidak pernah menutup kes itu sehingga mereka ditemui.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, setiap kes disiasat secara berterusan sehingga mangsa berjaya ditemukan.
Menurutnya, PDRM tidak menutup mana-mana kertas selagi siasatan kanak-kanak terbabit belum ditemui.

“Sehubungan itu, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak yang dilaporkan hilang hendaklah menyalurkan perkara berkenaan kepada PDRM dengan segera.

“Kerjasama daripada semua lapisan masyarakat amat penting dalam usaha untuk mengesan mangsa yang masih hilang,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS