Shah Alam, 28 Julai 2024 - Unit Anjing Pengesan (K9) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini berjaya mempamerkan aksi hebat ketika menangkap penjenayah dan mengesan dadah yang dimasukkan ke dalam kotak serta bungkusan.
Aksi enam anjing yang bertindak tangkas itu memukau pengunjung yang membanjiri hari kedua Karnival Rakyat di Kompleks
Kumpulan Karangkraf di sini pada Sabtu.
Penyelia Unit K9,
IPD KLIA, Sarjan Vivien Norman Francis berkata, kesemua anjing yang kini berusia antara enam ke tujuh tahun dilatih untuk menerima arahan dalam lingkungan di usia dua tahun.
“Hari ini, kita bawa enam anjing baka German Shepherd dan Labrador, yang mana ia menunjukkan aksi pencegahan jenayah serta pemeriksaan penyeludupan seperti mengesan dadah yang telah dipaketkan.
“Selain demonstrasi, haiwan ini turut membantu Polis Diraja Malaysia antaranya ketika operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Batang Kali pada tahun 2022 serta 2023 lalu,” katanya yang hadir bersama 12 anggota dari IPD KLIA.