Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 78 KANAK-KANAK MASIH HILANG

Kuala Lumpur, 30 Julai 2024 – Purata kanak-kanak hilang dalam tempoh empat tahun merekodkan dua kes sehari.

Statistik itu adalah bagi tahun 2020 hingga 2023 apabila sebanyak 3,067 kes membabitkan usia lingkungan sehingga 18 tahun dilaporkan di seluruh negara.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Siti Kamsiah Hassan berkata, daripada jumlah itu, 2,989 kanak-kanak telah dijumpai semula dan 78 masih dilapor hilang.

Menurutnya, analisis dan kajian Polis Diraja Malaysia mendapati kehilangan kanak-kanak adalah berpunca daripada enam kategori iaitu lari rumah, lari sekolah atau pusat perlindungan, dilarikan penjaga, ditimpa kemalangan atau bencana, menjadi mangsa jenayah serta punca yang tidak diketahui.

“Lari rumah merekodkan paling tinggi iaitu 71.8 peratus atas alasan ingin bebas daripada kongkongan keluarga atau penjaga. Mereka ini terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan, bosan tinggal di rumah selain keruntuhan institusi kekeluargaan.

“Faktor kanak-kanak larikan diri dari sekolah atau pusat perlindungan yang menyumbang 3.36 peratus adalah disebabkan desakan keluarga untuk memasuki institusi tersebut selain sikap memberontak kanak-kanak yang terkongkong dengan peraturan sekolah.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS