Kuala Krai, 27 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menafikan dakwaan siasatan dan pendakwaan ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapan bekas perdana menteri itu yang dikatakan menyentuh isu kaum, agama dan raja (3R), dilakukan dengan tergesa-gesa.
Tan Sri Razarudin berkata prosedur biasa bagi polis untuk menyelesaikan setiap
siasatan berkaitan kes 3R adalah dalam tempoh seminggu.
“Polis sebelum ini telah menyatakan bahawa segala siasatan 3R kita akan buat dalam masa tujuh hari. Kita akan tunjukkan prestasi siasatan 3R dalam tempoh berkenaan, maka tidak ada kena mengena dengan isu tergesa-gesa,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran Kampung Angkat MADANI di Kampung Jenal, Dabong, Kuala Krai hari ini.