Kuching, 27 Ogos 2024 - Polis Sarawak merampas 105.02 kilogram (kg) dadah Syabu dianggar bernilai RM3.4 juta dalam serbuan di dua lokasi berasingan di Bandar Baru Permyjaya, Miri, Sabtu lalu.
Pesuruhjaya
Polis Sarawak, CP Dato' Mancha Ata berkata, rampasan itu adalah yang terbesar di Sarawak tahun ini membabitkan dadah jenis Syabu.
Beliau berkata turut ditahan dalam serbuan itu tiga lelaki tempatan berusia antara 32 hingga 52 tahun serta seorang wanita warga asing berusia 26 tahun dan saringan air kencing mendapati semua suspek positif Methamphetamine dan Amphetamine.
Menurutnya, semakan mendapati dua suspek berumur 32 dan 36 tahun ada rekod lampau narkotik dan jenayah.
“Operasi yang dilancarkan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.
“Hasil maklumat risikan, serbuan dilancar di dua lokasi di Bandar Baru Permyjaya, Miri antara jam 1.15 petang hingga 1.40 petang, Sabtu,” katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan
Harian Metro di lampiran.