Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS TUMPASKAN KEGIATAN “SWINGER”, TAHAN 36 INDIVIDU

Kuala Lumpur, 31 Ogos 2024 - Penjawat awam dan pelajar universiti awam (UA) antara 36 ditahan kerana disyaki terbabit aktiviti persundalan seks bebas dengan bertukar pasangan atau “swinger” yang dipromosi secara dalam talian.

Semua mereka ditahan dalam dua serbuan berasingan di ibu negara dan Puchong, Selangor pada Ahad dan Selasa lalu oleh Polis Diraja Malaysia bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Fadil Hj. Marsus, berkata serbuan dilakukan susulan risikan sejak Jun lalu dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Katanya, dua daripada 36 individu yang ditahan adalah pemilik laman sesawang ”Swing That Fun” yang dikesan mempromosi kegiatan persundalan secara dalam talian dan mampu meraih 147,000 pelanggan atau “subscriber”.

“Melalui risikan, kita dapati laman sesawang itu adalah platform mencari kenalan, berkongsi kandungan lucah, menyediakan perkhidmatan seks dan lain-lain dengan pakej berbayar.

“Kita kemudian mengesan satu kumpulan yang menganjurkan aktiviti ini (seks bebas bertukar pasangan) dan mempromosikan aktiviti persundalan itu serta membentuk komuniti seks bebas bagi tujuan keseronokan dan meraih keuntungan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.


May be an image of 1 person and text that says 'Polis tumpaskan kegiatan 'swinger', tahan 36 individu mampu 147.000 dapati Czech Antara ditahan termasuk pemilik laman sesawang promosi aktiviti persundalan secara dalam talian Fili- tenalan, ditahan Olch Pua ukup rekyat Ma- Azizah Mokhtar Lumpur: Perjawat awam opcrasi kndua ertruan_pe ipromoels EAT. Mont paBaT 'polle ventul renahan emtatan .편명 namakan Bang) jaitui wanita Wilayah ktiviti 'swing' Jabatan Perancis, China, sesawang Melalui risikan, kita dapati sesawang adalah platform mencari kenalan, berkongsi kandungan lucah, menyediakan perkhidmatan seks dan lain-lain dengan pakej berbayar ያ dikesen giatan secara daam Keseksaan Marsus, Periguirah ดนชีตา Siesatan jenayaa (Risikan0 Operasi) Bukit kİtaman Ka- u(memilikib lucah),' Ka.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS