Kota Kinabalu, 11 September 2024 - ‘QR Code Aduan Masyarakat' yang dilancarkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)
Sabah mampu menjadi platform terbaik bagi masyarakat menyalurkan maklumat pantas kepada polis.
Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun berkata, platform yang pertama seumpamanya di Malaysia itu hasil inisiatif Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan
Komuniti (JPJKK), IPK Sabah.
Menurutnya, tujuan utama penyediaan aplikasi berkenaan adalah untuk menyantuni serta menyelami segala permasalahan yang dihadapi masyarakat khususnya di pusat bandar.
Sebelum ini, polis senyedia 15 Op Payung di sekitar pusat bandar bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman orang ramai.
"Seiring peredaran masa serta keluasan ka. wasan yang perlu dipantau, Op Payung dilihat sudah tidak lagi mencukupi,” katanya.
Beliau berkata demikian di majlis Perasmian Penyerahan QR Code Aduan Masyarakat di Pondok Polis Warisan Square di sini, semalam.
Hadir sama Datuk Bandar
Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Hj. Sabin Samitah.
Jauteh berkata, disamping penggunaan platform berkenaan, pihaknya masih mengekalkan cara konvensional iaitu pcnggunaan Peti Aduan Polis dan aplikasi Volunteeer Smartphone Patrol (VSP).
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan
Harian Metro di lampiran.