Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: BATALION 8 PGA RAMPAS 1,000 KG BERAS SELUDUP RM14 RIBU

KERATAN AKHBAR PILIHAN: BATALION 8 PGA RAMPAS 1,000 KG BERAS SELUDUP RM14 RIBU

Kota Bharu, 13 September 2024 - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 1,000 kilogram (kg) beras bernilai RM14,260 dipercayai diseludup masuk dari Thailand dalam Op Taring Wawasan di Jeram Perdah, Pasir Mas, kelmarin.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, rampasan itu dilakukan selepas pihaknya menahan sebuah kereta dipandu seorang suspek dalam keadaan mencurigakan pada 10 pagi.
Menurutnya, suspek kemudian bertindak keluar dari kenderaannya dan melarikan diri ke dalam semak berdekatan.

“Kita percaya suspek sebahagian ahli sindiket penyeludupan beras dan bertindak sebagai penghantar barangan itu ke lokasi itu,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS