Kuala Lumpur, 26 Oktober 2024 - Polis akan memanggil pemilik syarikat bumiputera yang didakwa menyeleweng wang yuran program latihan penerbangan yang sepatutnya dibayar kepada sebuah akademi penerbangan di luar negara dalam masa terdekat.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, semua pihak lain yang terlibat, termasuk pelatih penerbangan
yang menjadi mangsa dan saksi-saksi lain, akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
“Semua individu ini kita akan panggil dalam masa terdekat bagi membantu melengkapkan siasatan, bila mereka akan dipanggil bergantung kepada pegawai penyiasat kes ini.
“Pihak polis juga akan meneliti dokumen perjanjian melibatkan syarikat berkenaan dan pelatih serta transaksi kewangan melibatkan pembayaran wang yuran yang dilakukan oleh keluarga pelatih berkenaan kepada syarikat itu,” katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini hari ini.