Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TIGA KHEMAH KHAS TINGKAT SIAPSIAGA IPK SELANGOR HADAPI MTL

Shah Alam, 26 Oktober 2024 - Kerajaan Selangor menyerahkan tiga khemah khas kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) serta bencana di negeri ini.

Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari berkata, khemah yang direka berdasarkan teknologi Perancis itu boleh dijadikan sebagai Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di lokasi bencana.

Menurutnya, ia mampu membantu pasukan keselamatan menyelaraskan tindakan dengan lebih cekap dan tersusun.

Katanya, khemah bernilai RM300,000 itu adalah sumbangan dana Selangor Prihatin dan pihaknya akan menambah kemudahan internet mudah alih.

“Dengan kemudahan ini, ada tempat yang sesuai sebagai pusat koordinasi di pusat kejadian, tempat rehat atau rawatan.

‘Ini sekali gus melengkapkan kemudahan atau fasiliti kita dalam berdepan MTL atau perubahan cuaca yang mungkin akan menyebabkan insiden.

“Kita pernah berpengalaman dengan insiden tanah runtuh di Batang Kali dan ia mengajar kita berikhtiar mendapatkan kemudahan ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Khemah PKTK di sini, kelmarin.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 5 people, tea and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS