Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: BUDAK LIMA TAHUN DIPAKSA JADI PENGEMIS

Klang, 27 Oktober 2024 - Seorang lelaki Indonesia bersama wanita tempatan dikesan menjalankan kegiatan mengeksploitasi kanak-kanak perempuan warga Filipina berusia lima tahun untuk meminta sedekah.

Kegiatan itu bagaimanapun terbongkar menerusi Op Pintas yang dijalankan sepasukan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman hasil serbuan di sebuah rumah di Jalan Goh Hock Huat di sini, sebelum kanak-kanak itu diselamatkan pada Isnin lalu.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, SAC Soffian Santong berkata, serbuan dilakukan pihaknya kira-kira jam 11 malam.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis menahan lelaki Indonesia berusia 67 tahun berstatus pemastautin tetap.

“Susulan itu, Bahagian D3 menyerbu sebuah lagi rumah di Sungai Kapar Indah, Klang jam 12.30 tengah malam Selasa lalu dan menahan seorang wanita tempatan berusia 50 tahun disyaki terbabit dalam kes ini.

“Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 14 Akta ATIPSOM 2007,” katanya, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS